» 2010 » July FreedomFilmFest MALAYSIA

The KOMAS Freedom Film Festival (FFF) which started in 2004 adopts the themes encompassed in the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) which express our aspirations for genuine justice, peace, equality and democracy. Through an annual film contest, workshops and screenings, FFF provides a platform to showcase films and documentaries focusing on social issues that affects ordinary people.

Archive for July, 2010

ROMANTIK ISA KOTA BHARU

On July - 20 - 2010

Memperingati 50 tahun kekejaman I.S.A, anak muda di Kota Bharu dengan kerjasama Nisa’ Kelantan akan mengajurkan sebuah tayangan dokumentari Romantik I.S.A, pemenang FreedomFilmFest 2005.

24 JULAI 2010, 2 PM

TEMPAT: Pustaka Al-Zahra, Kota Bahru, Kelantan. *Belakang BILLION

Tayangan filem akan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama bekas tahanan

(anak tempatan Kelantan) yang pernah ditahan I.S.A sebanyak 2 kali.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dan merasai kekejaman I.S.A dari mulut bekas tahan sendiri.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Aina 013-245 6101.

SCREENINGS IN JOHOR

On July - 20 - 2010

PUSAT KOMAS dengan kerjasama SUARAM JB mempersembahkan

TAYANGAN FILEM FREEDOMFILMFEST

SELEPAS TSUNAMI (AFTER THE TSUNAMI)

&

KAYUH (Pemenang FreedomFilmFest2009)

Tarikh: 23 Julai 2010
Masa: 8.30 PM
Tempat: Pejabat SUARAM JB, 8A, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor.

Sinopsis Filem:

Selepas Tsunami (After The Tsunami) oleh Anna Har (36 min)

Pilihan Raya umum ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan namkapasing sebelum inin dapat dirasakan oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah Dewan Negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.
Di peringkat Persekutuan , Parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini, Barisan Nasional yang keras kepala sebelum 8 Mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa prubahan. Bagaimanapun, perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada pilihan raya.

Kayuh oleh Soh Sook Hwa (20 min)

Kayuh adalah kisah pengalaman 100 orang pengayuh basikal yang berkayuh dari Alor Setar dan JB ke KL selama 16 hari untuk menyebar kesedaran tentang 6 isu-isu utama yang menjadi prihatin rakyat Malaysia terpinggir. Pengarah filem ini, yang juga merupakan peserta dalam kempen ini berusaha memberi makna dari segi kehidupan bagi setiap usul yang dibentangkan dalam memorandum yang diberikan kepada Parlimen pada akhir perjalanan.

Tayangan filem-filem ini akan diikuti dengan sesi perbincangan Q&A.

*Sarikati Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina terdapat untuk kesemua filem.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel freedomfilmfest@komas.org atau hubungi 017-374 9887.

http://www.komas.org
http://suaramjb1.blogspot.com/

Organised by | Project funded by the | In co-operation with