FFF2011 di Bandar Kuching!

Tanda arah ke Tayangan perdana FFF2011 Kuching yang diadakan pada 29hb Oktober 2011 di Harbour View Hotel.

Dua orang peserta sedang membaca maklumat yang disediakan dalam risalah FFF2011. Sementara itu, beberapa peserta sedang beratur untuk mendaftarkan diri mereka.

Para peserta sedang membeli baju-T FFF2011 yang dibawa ke Sarawak.

Para peserta tidak mengira suku kaum, pegangan politik dan jantina turut memeriahkan Tayangan Perdana FFF2011 Kuching.

Saudara Detta Samen (kedua dari kanan), selaku pesuruhjaya SUHAKAM Sarawak, menyertai Tayangan Perdana FFF2011 Kuching lalu melancarkan upacara terbabit. Sebelah beliau, En. Ahmad Awang Ali, dari NGO Panggau, selaku penganjur tempatan FFF di Kuching.

FFF2011 Kuching mendapat sambutan daripada warga Kuching. Tahun ini, bilangan peserta yang menyertai FFF2011 Kuching telah melebihi 150 orang.

Pembikin filem “Ulu Bengoh Darum Piin”, saudara Joachim Leong dan Weng Yow turut menyertai tayangan dan perbincangan yang diadakan di FFF2011 Kuching. Yang turut menyertai ialah YB Chong Chieng Jen, rakan penganjur FFF2011 Sarawak, saudara Ahmad Awang dan saudari Nilo. Peserta Tayangan Perdana FFF2011 Kuching aktif menyertai perbincangan yang diadakan.

Saudari Puspa, wakil Sarawak AIDS Foundation berkongsi dengan para peserta mengenai diskriminasi yang disebabkan oleh salah faham kebanyakan orang terhadap kumpulan terpinggir, LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Turut menyertai ialah pembantu penyelaras FreedomFiulmFest, Yow Chong Lee.

Peserta menyuarakan pendapat beliau semasa perbincangan yang turut disertai oleh Ustaz Husseini sebagai pengongsi maklumat.
*Gambar-gambar oleh Karen Quek.






