» » FFF2011 Johor Bahru FreedomFilmFest MALAYSIA

FFF2011 Johor Bahru

On November - 8 - 2011


Sukarelawan FFF2011 JB yang terdiri daripada pemuda-pemudi pelbagai kaum yang kelihatan seronok menyertai tayangan perdana FFF2011 JB. Mereka sedang bersiap sedia sebelum kehadiran peserta.


Sebahagian peserta sedang berdaftar dan sebahagian lagi sedang membeli bahan-bahan yang dibawa ke FFF2011 JB.


Dewan yang telah dipenuhi oleh para peserta. Bilangan peserta FFF2011 JB kali ini mencecah 150 orang. Peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan serta berbilang kaum. Terdapat juga peserta yang datang dari Singapura.


Saudara Hassan Karim, seorang peguam hak asasi manusia di Johor, turut menyertai tayangan perdana FFF2011 JB lalu melancarkan upacara berkenaan.


Saudara Jambi (kanan), wakil Orang Seletar telah menyertai perbincangan mengenai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti Orang Seletar di Johor. Turut menyertai ialah (dari kiri) saudara Arul Prakkash (Koordinator Pendidikan Kewarganegaraan dan Hak Pengundi, Pusat KOMAS), saudari Liaw Pey Wen (pemenang Anugerah Justin Louis FFF2011 dan pengarah “Lot, Umah Am”) dan saudara Shafie Dris (wakil daripada Jaringan Kampung Orang Asli SeMalaysia, JKOASM)


Dr. James Gomez daripada Singapore Democratic Party (SDP) turut memeriahkan program tersebut dengan menyertai tayangan dan perbincangan yang diadakan.


Seorang peserta sedang memberikan pendapat beliau semasa perbincangan yang diadakan selepas tayangan.


Para peserta sedang membaca dan mendalami lapan tuntutan BERSIH 2.0.


Rakan penganjur FFF di Johor dan juga penyelaras SUARAM Johor, saudari Fang Pei Fen, mengongsikan tuntutan BERSIH2.0 dan pengalaman penyerataan para penyokong BERSIH 2.0 di Johor.


Selain daripada Tayangan Perdana FFF2011, program pameran gambar-cerita “Aku Bangsa Malaysia” juga diadakan. Para peserta juga menyertai pameran tersebut secara aktif.

Comments are closed.